Monday, May 22

hujan di dalam kamar.

7 tahun lepas hari ini, aku sudah bulatkan tekad untuk merantau ke tanah orang; untuk sambung Asasi Sains di Puncak Alam. Petang ini flight aku ke semenanjung, dan abang aku yang kedua akan sambut aku di KLIA sana. Aku masih ingat petang hari itu yang mendung. Awan hitam yang menandakan kandungan awan sudah sendat. Beberapa lama kemudian, awan bakal tenat dan akan diikuti dengan tanah kering yang dibasahi hujan lebat yang membawa rahmat.

Dan petang itu, pertama kali aku lerai air mata ke pipi, dalam dakap ibuku. Dan barangkali itu juga dakap pertamaku setelah berbelas tahun di samping ibuku.

Hujan lebat telah tiba terlebih dahulu, di dalam kamar rumahku.