Dec 12, 2012

konstruksi.


Kata orang ini bersempena tarikh keramat yang cantik pada digitnya; 12/12/12 -- aku nafikan. Aku cuma mahu ambil ruang untuk bersantai sejenak. 

Terlalu lama meninggalkan ruang untuk mencoret memori suka dan duka; yang rata-rata kesemuanya disampaikan dalam nada berbeza, lebih kepada bercerita daripada meluah. Sebab aku adaptasikan kesemuanya daripada pengamatan peribadi pada dunia sekeliling dalam ruang lingkup dunia aku yang masih ternyata sempit. Ya, aku memang sepasif itu. Almaklumlah musim sejuk. Segalanya pun terbantut. Eh?

***

Kadang-kadang aku bisik dalam diri, "Ah, aku rasa aku tidak patut buat itu, buat ini. Risau nanti jadi begitu, jadi begini." Ternyata aku terlalu memikirkan akibat daripada maslahat. Cumanya aku akan terus menggali dan mengkaji sampai jumpa cacat celanya, barulah mengurut dada tanda lega. "Syukur aku tidak buat seperti itu, seperti begini. Tidak apa. Tunggu masa yang sesuai untuk itu, untuk ini." 

Soalnya: Bila? "Bila" itu yang masih menjadi teka-teki.

"Keluarlah dari zon selesamu! Keluar dan tunjukkan bakat!"

"Jadilah seorang mahasiswa yang berguna demi masyarakat. Bukan sekadar mahasiswa buku teks!"

Aku akui ada lagi cabaran yang lebih besar di hadapan. Aku perlukan senjata. Aku perlu siap siaga.

Oleh sebab itu, aku harus berubah!

P/S - Cuma Doktor Ali pesan, "As a medical student, you must read continuously every single day." I bet he didn't restrict to which type of reading, so... Yeah, just call me a bookworm anyway. Meh.

-->