Epilog.
Dan dalam sujud yang panjang itu, dalam doa penuh pengharapan itu, sebenarnya di situ terselit sumber motivasi dirinya yang terjatuh.
Ibu bapanya.
Ahli keluarganya.
Sahabat handainya.
Saudara seIslamnya;
di Syria, Palestin, Burma, Afghanistan, Somalia
dan yang sewaktunya,
Seluruh mereka yang turut sama diuji
malah lebih perit daripada dirinya.
"Assalamualaikum warahmatullah,"
--- Selamat sejahtera untukmu, semoga dirahmati Allah.
--- Selamat sejahtera untukmu, semoga dirahmati Allah.
"Assalamualaikum warahmatullah,"
--- Selamat sejahtera untukmu, semoga dirahmati Allah.
Seusai memberi salam kedua, dia pun mengukir senyum.
![]() |
14. di rumah sakit. jadi muka pun kena buat-buat sakit. eh. |
![]() |
12. KK - KL. |
![]() |
11. my dearest aunties and mum :) |
![]() |
10. dad, mum and ajai. |
![]() |
9. mesti mau gambar kaki. hairan daku pada diriku. |
![]() |
8. kaki kami tu tadi. (refer #9) |
![]() |
7. credits to Gen-Q megazine. |
![]() |
6. tummy is craving. |
![]() |
5. "do you like my tee?" diyad "do you want some ice cream?" ajai "of course I do!" I answered both. like a boss. |
![]() |
4. kepsi kepsi kepsi @ airasia airport. |
![]() |
3. pergi lah pergi wahai sel mati di sungai luanti. |
![]() |
2. kurang 10 minit dari rumah. indah. |
![]() |
1. di pagi ramadhan yang ganjil harinya. |
P/S - 16 keping gambar sempena umurku. Eh?
Cerita bertulis.
Minggu ini sudah minggu ketiga selepas selamat menjejak kembali di bumi penuh barakah ini. Jauh di samping famili semata-mata untuk meneruskan kembali pengajian yang berbaki.
Tahun ketiga kuliah perubatan ialah tahun yang mencabar, ini kata senior. Afdhal rasanya untuk junior seperti aku ambil cakna peringatan ini. Walau pada awalnya sekadar mengandaikan ini cumalah kata-kata pemusnah, sekadar mahu menjatuhkan. Tapi baru sahaja aku melangkah ke dalam dewan kuliah, di awal 'pertarungan' lagi aku sudah merasa kata-kata seniorku ini ada betulnya. Ternyata mahu kita merasa dahulu baru mahu terngadah!
Lucu tapi benar; sekarang aku terasa mahu berehat. Mahu bercuti. Mahu tenangkan diri. Lucu sebabnya baru dua belas hari berkuliah, aku sudah letih dan penat. Mungkin saja sebab otak sudah tepu. Mungkin saja kerana aku sudah lebih seminggu ditimpa sakit. Seorang sahabat kata sebab aku rindu akan rumah. Aku kata sebab aku alah dengan debu Mesir di udara. Ha ha ha. Tapi mungkin kata si sahabat itu... ada betulnya. Hakikatnya, aku belum telefon rumah. Ada masalah telekomunikasi buat masa ini. Cuma dapat berinteraksi dengan keluarga secara tulisan, tidak pada lisan.
Apa-apapun, aku berharap so-called "culture shock" aku ini tidak berlarutan. Aku bisik pada diri, cukuplah untuk bermanja buat masa sebulan (walaupun bulan depan ini ada Midterm Exam - 1st Term. Haha -_-")
Fasa transisi. Nampaknya aku perlukan ruang untuk mengadaptasi diri.
Itu yang pasti.
***
Prolog.
Kali ini sudah beberapa kerutan dia kerutkan pada dahi bidangnya. Terjungkit-jungkit matanya melihat pensyarah yang dari sejam yang lepas rancak memberi syarahan kepada bakal-bakal doktor di hadapannya. Bila semua orang kelihatan letih dan lesu, si pensyarah itu akan mula mengaju soalan kepada seisi dewan. Risau modal air liurnya tersisa tanpa seorang pun yang ambil kisah pada tiap butir bicaranya. Ya, meskipun dia tidak perlu risau kerana tugasnya sememangnya untuk mengajar kerana itu memang sudah amanah yang dipikulnya. Tapi bagaimana pula amanah bagi seorang insan yang bergelar pelajar? Adakah benar dia belajar dari orang yang selayaknya mengajar?
Diri yang pada awalnya sudah berkecamuk bertambah amuk bila terasa 'kegagalan' menguasai diri. Gagal meletakkan diri benar-benar pada posisi yang dikehendaki. Tahun pengajian baharu kali ini diselitkan sekali dengan azam baharu. Mahu terus menyaingi dirinya yang lepas. Namun nampaknya dia masih belum mampu mencapai azamnya itu. Belum lagi sampai posisi tersebut. Belum, ternyata belum.
Sebelum dia sedar akan hakikat itu, dirinya terasa seakan mahu berputus asa.
Tapi adakah dengan berputus asa itu ialah keputusan yang sebaik-baiknya?
***
Ada apa dengan penulisan yang bermula dari belakang ke hadapan? Epilog ke Prolog?
--- Bak kata seorang penulis, kadangkala setiap pengakhiran itu ialah permulaan buat segala-galanya.
Selepas di dunia fana ini matinya kita, di dunia yang kekal kelak akan bangkitnya kita semula. Tidakkah begitu?
P/S - Padahal mahu cuba stail menulis baru. Tapi, nampak sangat gagal. -_-"