Assalammualaikum wbt.
How was your twenty twelve so far for this week? Mine was started a little bit rough but that wouldn't (so far) bring me to the lowest point in my life. Let's hope it'll remain as it is.
But again, expect the unexpected. And that is why I bring along my comfy pillow on my very first day, so I may dream (and day-dreaming) something out of the box. In another word, be a lot more imaginative.
And oh, Thanks to anyone who replied my silly questions throughout these days. I was actually in need of people who can relate and complete the playful riddles inside of my brain. Perhaps it wasn't work that well.
Oh well, let's see some candid pictures!
![]() |
A father teaches his sons Qoran after Friday Prayer (I was jealous!) |
![]() |
Tojin. Macaroni + something like daging-daging. Cooked nice (well with arabic style of course) |
***
i) Sebenarnya diri ini dalam kondisi yang sedikit terhimpit bilamana beban tugas makin menggunung. Mulut terkunci, aku malas ngomong. Actions speak louder than words, isn't it?
"Aku memang terdidik begini."
Ayat ini sebenarnya samada ayat penyata atau soal. "Jangan risau!" - terdetik di hati. "Hidup ini masih banyak ruang kosong untuk dicoretkan jawapan. Sapu bersih semua pilihan-pilihan jawapan yang difikirkan. Ada masa nanti kita isikan, ya? Itu pun kalau-kalau masih ada masa di hadapan..." katanya lagi sambil berseloroh.
ii) Khas buat insan yang aku sayang, ini sekadar nota ringkas yang aku karang. Bukan sebab malas untuk berdepan, tapi cumanya jarak benar-benar memisahkan. Lagipun kita jarang berhubung, kekangan masa dan masing-masing punya prioriti serta komitmen diri yang berbeza...
Tapi tetap kita datang dari benih yang sama. Aku andai itu sudah cukup buat kita ini sangat serasi dan punya fikir sehala.
"Pegang eratlah mana-mana yang baik. Mana-mana yang kau fikir itu tumpuanmu; yang kau tunggu-tunggu. Tapi jangan sampaikan ianya mendesak dan buat kau terus tindak melulu." Aku, cuba hembus nafas pelan separa menahan.
"Kami sudah seperti isi dengan kuku!" Aku tahu, ini jerit hati kecilmu, yang bahan bakarnya hebat dan besar tak tertanding,sekufu yang terdahulu.
Tapi mudah-mudahan kau bertindak atas dasar kematangan, dahulukan mana yang perlu dan wajib kau pikulkan - selagi ada kesempatan, ruang, dan kemudahan...
Wahai Khalifah... Ikhlas aku katakan, aku segan berdamping denganmu (sangat ironi kan?), tapi apa yang buat aku terpanggil untuk aku menundukkan egoku? Tentu sekali dirimu...
:)
Ilmu itu datang daripada Allah, dan redha itu juga datang daripada-Nya. Cuma jika 'Ilmu' itu 'Redha' nya tidak terbit sehaluan, mana mungkin 'Ilmu' offer-kan diri untuk jadi teman. Dan salah satu punca keredhaan Allah SWT ialah redhanya kedua-dua ibu bapa.
“Religion is very easy and whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way. So you should not be extremists, but try to be near to perfection and receive the good tidings that you will be rewarded; and gain strength by worshipping in the mornings, the nights.”
- The Prophet Muhammad (saw) [Bukhari]
via tumblr
Perjuangan yang belum selesai dan ditinggalkan lalu diteruskan dengan perjuangan baharu yang menjanjikan keuntungan (dengan syarat sepanjang pembawaan, diri beringat tujuan asal) merupakan tindakan seperti melepaskan batuk di tangga dan yang keduanya ibarat dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Meski hala tujunya jelas, tetapi padaku itu tindakan yang kurang culas. Adakah molek jika rambut si kecil hanya ditocang satu, sedangkan tocang dua itu nampak lebih comel. Barulah si adik kecil dapat berjalan bersuka ria sambil rambut dilibas ringan ke kiri dan ke kanan sambil kaki dihayun senada dengan nyanyian berdondang sayang. (sah tiada analogi lain)
Siapa kata rahmat Allah SWT itu terhad?
Siapa yang tidak mahu kedua-duanya?
Siapa mahu rugi?
Siapa yang tidak mahu kedua-duanya?
Siapa mahu rugi?
(Aku si kerdil yang bersyarah dengan ilmu yang cetek. Semoga tidak menimbulkan perdebatan! Sayang semua!)
P/S - Our Mid Term Exam is just around the corner! I need strength and put more determinations this year! Insha-Allah... Please pray for us! :)
"Strive for excellence, both Dunya and The Hereafter~"